Wayang kulit (Puppet Shadow Play) sangat popular di rantau Asia Tenggara. Terdapat berbagai bentuk dan jenis wayang kulit bergantung kepada suasana dan latar belakang masyarakat.
Wayang kulit telah wujud di Kemboja (Kampuchea) lebih 1000 tahun yang lalu. Di Malaysia, wayang kulit mula diperkenalkan 300-400 tahun yang silam.
Wayang kulit telah wujud di Kemboja (Kampuchea) lebih 1000 tahun yang lalu. Di Malaysia, wayang kulit mula diperkenalkan 300-400 tahun yang silam.
Mengikut catatan sejarah wayang kulit pernah dipersembahkan di perkarangan Istana Raja Melayu yang pertama memerintah negeri Kelantan 200 tahun dahulu.
Wayang kulit yang tertua di Kemboja dan Thailand telah dipersembahkan oleh sekumpulan yang pandai bertindak pantas, berdiri bersebelahan, setiap seorang memegang sekumpulan kerektor Ramayana di atas kepala mereka.
Kerektor-kerektor tersebut lebih 4 kaki tinggi, dan menari secara melintang di belakang skrin yang berukuran 20 kaki panjang dan 8 kaki tinggi. Persembahan ini mungkin satu kerja seni untuk menghibur Raja Khmer di Angkor pada abad ke 10 dan 11 selepas masehi.
Wayang kulit gergasi ini adalah untuk persembahan kerabat diraja, tetapi jenis yang lebih mudah dan kecil telah diadakan di Kemboja dan Thailand pada masa kemudian untuk hiburan masyarakat umum.
Figura yang dibuat daripada kulit lembu, mempersembahkan watak individu dari Ramayana dan jarang yang lebih daripada 2 kaki tinggi.
No comments:
Post a Comment